Bajet 2023 mungkin menyaksikan beberapa pelarasan berdasarkan ekonomi semasa ia dibentangkan semula, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Bagaimanapun, Tengku Zafrul menegaskan bajet yang dibentangkan pada 7 Oktober lepas bukan sahaja 'belanjawan yang bertanggungjawab' tetapi juga 'inklusif, lebih progresif' dan yang paling penting 'mampan'.